Jumaat, 25 Januari 2013

Mee goreng hitam

Meow

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 1 bungkus mee kuning
  • ayam dipotong sedang(anggaran ikut sukahati)
  • sedikit daging (optional)
  • 4 ulas bawang putih sedang (ditumbuk kasar)
  • 2 -3 ulas bawang merah (ditumbuk sedang)
  • sedikit lada merah diblender(kalau maw pedas tambah lagi)
  • sedikit kicap ayam brand dan sedikit kicap pekat (anggar sendiri)
  • sayur2an ikut suka selalunya guna sawi, kobis
  • 1 biji tomato (dibelah kecil)
  • daun ketumbar atau daun sup (dihiris halus)
  • garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
  • minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. panaskan kuali kemudian masukkan bawang putih goreng hingga naik bau kemudian masukkan bawang merah pula masukkan lada blender goreng hingga garing
  2. masukkan daging biarkan separuh empuk kemudian masuk sedikit air
  3. kemudian masukkan ayam biarkan sebentar masukkan 2 jenis kicap, gula, bahan perasa dan rasa sedikit sekiranya sudah agak masinnya tak perlu ditaruh garam... tapi sekiranya kurang masin taruhlah sedikit
  4. masukkan buah tomato yg dibelah kecil tadi agak2 bila kuah nak mendidih masukkan mee bersama sawi dan kubis dan dikacau rata
  5. Selang 3 saat nak tutup api masukkan daun sup atau daun ketumbar
  6. sedia untuk dihidangkan selamat mencubaa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan