Jumaat, 25 Januari 2013

Kek Coklat Amerika

Kek Coklat Amerika

Cake_and_muffin_016


Bahan-bahan ( 10 - 15 orang )

  • 230 g mentega (pada suhu bilik)
  • 300 g gula aising, diayak
  • 2 camca teh esen vanilla
  • 3 biji telur Gred A
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu segar
  • 1 camca besar serbuk penaik*
  • 235 g tepung halus (tpg gandum pun ok)*(*digaul rata dan diayak)
  • 1/2 cawan walnut, cincang kasar (jika suka)
  • UNTUK GANACHE:-
  • 250 g coklat masakan
  • 50 g mentega
  • 150 g krim segar (dairy whipping cream)
  • UNTUK HIASAN:-
  • 2 camca besar kepingan badam, dipanggang hingga kuning keemasan.

Cara-cara

  1. Cake_and_muffin_017
    Panaskan susu segar hingga suam, masukkan serbuk koko dan gaul hingga sebati. biarkan sejuk.
  2. Cake_and_muffin_004
    Pukul mentega dgn gula aising hingga putih.
  3. Cake_and_muffin_007
    Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul hingga adunan kembang dan gebu.
  4. Cake_and_muffin_010
    Menggunakan speed perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dgn bancuhan koko tadi hingga habis. Gaul rata.
  5. Cake_and_muffin_011
    Dengan menggunakan spatula gaulkan kacang walnut ke dalam adunan kek hingga rata.
  6. Cake_and_muffin_006
    Lenserkan acuan kek ( 11 x 4 ) inci dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. Ketuk keluar lebihan tepung. Jika menggunakan tin kek ( 8 x 8 x 3) inci, alas dasar tin dgn kertas minyak.
  7. Cake_and_muffin_012
    Tuang adunan kek ke dalam acuan dan ratakan. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C dan bakar selama 40 - 45 minit. Kepanasan bergantung pada oven masing2. Uji dgn cara mencucuk lidi sate di bahagian tengah adunan dan jika lidi tersebut keluarnya bersih itu menandakan kek telah masak. Sejukkan dahulu sebelum dikeluarkan dari acuan. Hias dgn ganache dan boleh lah ditaburkan kepingan badam panggang jika suka
  8. Untuk ganache:- Cairkan coklat secara double boiler (dgn cara meletakkan coklat di dalam mangkuk tahan panas dan mangkuk itu di tenggekkan atas air mendidih) hingga coklat cair. Masukkan krim segar dan gaul rata. Matikan api dan angkat bekas coklat tadi, masukkan mentega dan gaul hingga sebati dan berkilat. Biarkan suam dan tuang di atas kek.

Tag

Tiada ulasan:

Catat Ulasan