Jumaat, 25 Januari 2013

Daging Goreng Berlada Hitam

Pa100014-2

Bahan-bahan ( 2 1/2 Orang )

  • Daging 500 gram
  • 4 camca besar minyak masak
  • 40 gram perencah maggi
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • 2 pokok daun bawang yang dihiris sederhana halus
  • 1 cawan air
  • 5 batang kacang panjang dipotong 3 cm
  • Lada hitam secukup rasa

Cara-cara

  1. Daging dihiris nipis-nipis (hirisan filet)
  2. Rebus daging dengan secawan air
  3. Sesudah itu, keluarkan air rebusan dan simpan dulu air tersebut untuk diguna kembali.
  4. Masukkan minyak dan goreng daging tersebut selama 3 minit dengan api besar
  5. Masukkan 40 gram perencah Maggi serta bawang besar yang dicampur dengan air rebusan tadi.
  6. Goreng hingga daging masak. Sesudah itu, masukkan hirisan daun bawang dan kacang panjang.
  7. Goreng selama 1 minit. Itu saja! :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan