Ayam masak lemak cili api
Bahan-bahan ( 2 org mkn )
- santan kelapa dari kotak kecik(ambik setengah sahaja
- bawang merah 2 ulas (ditumbuk)
- bawang putih 3 ulas (ditumbuk)
- cili padi 12 biji (ditumbuk)
- sekeping asam keping
- sebatang serai (dititik)
- setengah sudu kecik serbuk kunyit
- ayam 6 ketul
Cara-cara
-
campurkan santan bersama air di dalam periuk dan dikacau (jgn letak atas api lagi)
-
masukkan bawang merah, bawang putih, cili padi, asam keping, serai, kunyit dan ayam.
kacau sehingga serbuk kunyit tidak berketul.
-
kemudian letak periuk di atas api yg paling kecil dan kacau.
-
kacau sehingga mendidih dan siap utk dihidangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan