Jumaat, 25 Januari 2013

TART TELUR


Image0418


Bahan-bahan ( 30 biji )

  • PASTRY:
  • 1/2kg tepung gandum
  • 1/4 kg marjerin
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1 bj telur
  • sedikit esen vanilla
  • FILLING:
  • 1/2 tin susu cair
  • 1/2 tin air
  • 2 biji telur
  • 1/2 cwn gula
  • 1 sdb tepung kastard
  • Sedikit garam,Sedikit esen vanilla & Sedikit pewarna kuning

Cara-cara

  1. Pastry:
  2. 1. Pukul majerin & gula halus hingga kembang,masukkan telur & esen vanilla. Pukul hingga sebati.
  3. 2. Kemudian masukkan gandum sedikit demi sedikit. Kacau hingga jadi doh.
  4. 3. Ambil sedikit doh dan terapkan ke dalam acuan. Kemudian masukkan filling dan bakar selama 180c , 20 –25 minit.
  5. FILLING:
  6. Campurkan susu cair, telur, gula , air, tepung kastard, garam, pewarna kuning dan vanilla. Kemudian panaskan di atas dapur sehingga suam2 kuku…pastikan gula hancur… @pun cara yg saya buat …. just kacau sahaja semua bhn tsbt sehingga gula hancur….tapiskan…

Kuih Siput

                  


Kuih_siput


Bahan-bahan ( 1 balang sederhana )

  • 5 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 50gm margerine
  • 1 s.kecil serbuk jintan manis
  • 1 s.kecil serbuk jintan putih
  • 2 sudu kecil serbuk udang kering
  • 1 sudu kecil garam (ikut rasa)
  • Sedikit serbuk perasa (optional)
  • 3 sudu besar cili boh/serbuk cili
  • Daung bawang /daun sup (dihiris )
  • Santan secukupnya untuk menguli

Cara-cara

  1. Gaul semua bahan ( kecuali santan ) hingga bercampur semuanya.
  2. Uli dengan santan hingga menjadi doh.
  3. Cubit sedikit adunan, gentel bg bulat dan tenyeh atas papan kuih siput.
  4. Bila semua dah digentel, boleh lah goreng hingga garing.
  

Kuih Koci Labu

P3150056


Bahan-bahan ( 20 biji )

  • Untuk Pastri
  • 150gm tepung pulut
  • 150gm labu
  • Untuk Dadih
  • 3 cawan santan pekat
  • 2 sudu besar tepung beras
  • Sedikit garam
  • Untuk inti
  • 1 biji kelapa parut (kelapa yang agak muda - guna yang putihnya sahaja)
  • 1 1/2 cawan gula merah
  • 1/2 cawan gula putih
  • 1/2 cawan kacang hijau (direbus - ni optional kalau x suka x payah letak)
  • Daun pisang untuk membungkus

Cara-cara

  1. Daun pisang - lap bersih. Potong anggaran 4" x 4". Selepas potong salai daun pisang.
  2. Untuk pastri - bersihkan labu. Rebus labu sehingga empuk. Kemudian lenyekkan labu dan uli dengan tepung pulut (macam buat kuih koci biasa)
  3. Untuk inti - Didih gula merah dengan sedikit air. Tapiskan gula merah. Dalam periuk masukkan gula merah, gula pasir, kelapa parut dan masak sehingga sebati. Sebelum padamkan api, masukkan kacang hijau yang telah direbus dan kacau lagi. Inti siap.
  4. Biasanye kak ogy akan biar inti sejuk kemudian bulat2kan inti kecil2. Anggaran duit 20 sen supaya mudah untuk diletakkan atas pastri dan bungkus pastri.
  5. Untuk dadih - masukkan santan, tepung beras dan sedikit garam. Masak sehingga mendidih. Kemudian letak dadih dalam bekas besar.
  6. Jerangkan air dalam periuk hingga mendidih. Ambil sedikit pastri, leperkan, letakkan inti kelapa dan bulatkan pastri. Kemudian masukkan kuih kedalam air mendidih dan rebus sehingga timbul (macam buat kuih buah melaka). Angkat kuih dan masukkan kedalam dadih. Buat sehingga habis.
  7. Dah siap rebus kuih, gunakan sudu ambil sebiji kuih dan sedikit dadih dan bungkus kuih koci labu sehingga habis.
  8. Kata-kata dari Kak ogy. Dadih jangan masak terlalu pekat. Kalau terpekat tambahkan dengan sedikit air panas dan kacau. Gambar yang kak ogy tempelkan dadihnyer terpekat sbb buat banyak orang order untuk kenduri 500 biji. Berpinau mata membuatnya.

Kuih Keria


Img_0059


Bahan-bahan ( 20 biji saiz comel2 )

  • 500gm ubi keledek putih
  • 1 cawan tepung gandum
  • Sedikit garam
  • 3 sudu besar gula dan sedikit air

Cara-cara

  1. Rebus ubi keledek hingga empuk.
  2. Toskan airnya dan bubuh sedikit garam.
  3. Lenyek sampai hancur sementara ubi masih panas.
  4. Rehatlah dulu sementara menunggu ubi betul2 sejuk.
  5. Bila sudah sejuk, masukkan tepung gandum dan uli hingga sebati.
  6. Buatlah bentuk seperti gelang dan goreng.
  7. Setelah siap digoreng, masak gula dgn air dalam kuali lain.
  8. Didihkan gula hingga pekat.
  9. Masukkan kuih tadi dan kacau hingga rata. Bagi semua kuih kena gula.
  10. Kacau hingga gula nampak bertali baru boleh tutup api.
  11. Dah tutup api , kacau lagi hingga gula kering dan kuih dan tidak melekat.
  12. Jom kita makan.

Kuih Cara Manis


Picture_708

Bahan-bahan ( dalam 12 biji )

  • 100gm tepung
  • 200ml santan sederhana pekat/susu segar
  • 1 sudu besar jus pandan (jun guna esen pandan sbb daun pandan x d)
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu teh garam
  • beberapa titik pewarna hijau
  • gula sebagai inti

Cara-cara

  1. Campurkan tepung, santan, telur dan garam. Kacau rata. Kemudian masukkan jus pandan dan pewarna hijau sedikit. Jika terlalu berketul, tapis.
  2. Panaskan  lengser ngan minyak. Masukkan adunan tepung, biar sekejap, masukkan 1/2 sudu teh gula atas setiap satu kuih dan tutup acuan sebentar.
  3. Pastikan api kecil supaya kuih tidak hangus, sbb kuih ni cepat masak, dalam 1-2 minit aje..

Kuih Tako




Picture_603

Bahan-bahan ( 8 bekas kecil2 )

  • Lapisan bawah:-
  • 30gm tepung Hoen Kwee
  • 90gm gula
  • 300ml air
  • 6-8 biji sengkuang - dibersihkan dan dipotong dadu
  • Lapisan atas:-
  • @270ml santan
  • @20gm gula
  • @20gm tepung beras
  • @secubit garam
  • Daun pandan atau bekas2 kecil sebagai acuan

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan untuk lapisan atas kedalam periuk. Masak atas api perlahan, kacau hingga pekat.
  2. Masukkan sengkuang, kacau rata dan masukkan kedalam acuan.
  3. Masukkan semua bahan untuk lapisan atas, kacau atas api hingga pekat dan masukkan keatas lapisan pertama.
  4. Biarkan sejuk dan hidang.

Kuih Bakar

Kuihbakar


Bahan-bahan ( 10 potong )

  • A 12 helai daun pandan
  • 200ml air
  • B 210gm tepung gandum
  • 1/2 tsp Garam
  • C 3 biji telur (Grade B)
  • D 250ml santan pekat
  • E 200ml Air
  • 200gm gula
  • Pewarna hijau

Cara-cara

  1. Blend bahan2 A dan ambil jusnya
  2. Blend bahan A,B,C & D
  3. Didihkan bahan E, sejukkan dan campurkan bersama bhn2 yg telah di blend.
  4. Sapukan loyang (9 inci) dgn sedikit minyak, taburkan bijan, ready utk dibakar.